Penggal pertama sebagai Perdana Menteri Benazir_Bhutto

Ketika dia kembali ke Pakistan, bapanya telah dipenjarakan dan didakwa. Dia kemudian ditahan di dalam rumah. Pada 1984 dibenarkan pergi ke United Kingdom dan menjadi pemimpi dalam buangan untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP), parti bapanya. Beliau tidak terlibat dalam politik sehinggalah Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq meninggal dunia dalam satu kemalangan udara.

Pada 16 November 1988 beliau pertama kali menyertai pilihan raya dan menang. Seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2 Disember 1988 pada umur 35 tahun. Dengan itu Benazir Bhutto menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi perdana menteri dan ketua kerajaan. Tahun 1988 juga beliau termasuk dalam 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Magazine.

Dasar terhadap wanita

Ketika berkempen, beliau menyuarakan tentang isu wanita , kesihatan dan diskriminasi terhadap wanita. Beliau mengumumkan pembentukan polis wanita, mahkamah dan bank pembangunan wanita. Namun tiada satu usahanya terlaksana di Pakistan. Beliau pernah berjanji untuk memperbaiki undang-undang Hudud dan Akta Zina tetapi mendapat tekanan kuat dari parti pembangkang.